Millennial Gen Sdn Bhd (1167089-D) ditubuhkan pada tahun 2015. Berpengkalan di Shah Alam, Selangor, Millennial Gen merupakan sebuah syarikat 100% milik Bumiputera. Pihak prinsipal Millennial Gen mempunyai pengalaman luas di dalam dunia “Traditional Complementary Medicine (TCM)” dan juga pemasaran media sosial.
Millennial Gen memasarkan produk kesihatan dan suplemen makanan tambahan tambahan jenama “Moeder – milk booster” dan “Harum Malam”. Moeder dirumus serta diformulasikan khas untuk menampung keperluan ibu mengandung dan bakal ibu. Harum Malam pula dirumus khas untuk keperluan wanita moden. Disamping memasarkan produk kesihatan, Millennial Gen turut menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen ataupun stokis “Millennial Gen”.
Millennial Gen juga menawarkan perkhidmatan “e-pemasaran” bagi klien yang ingin memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui Google SEO (search engine optimization) dan juga media social (Facebook, Instagram, G+).
Millennial Gen turut menawarkan perkhidmatan TCM konsultansi dan “one stop solution” bagi klien yang hendak menceburi bidang TCM atau pemakanan kesihatan. Millennial Gen akan membantu di dalam formulasi produk, rekabentuk pembungkusan dan pengilangan produk secara OEM.
Di masa akan datang, Millennial Gen akan turut menambahbaik rangkian produk keluaran syarikat dan juga perkhidmatan bagi menampung keperluan masyarakat dan klien di Malaysia dan juga di serantau.

Ingin mengetahui Kelab Ibu Cantik lebih lanjut?

Hubungi kami di +603 3358 5344 atau: